Abu Hassan Din Al-Hafiz

Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz (13 Januari 1946 – 1 Mei 2019) merupakan seorang ulama dan pendakwah agama Malaysia dan adik kepada Datuk Dr. Haron Din dan Ishak Din.[1][2] Beliau ialah bekas imam di Masjid Negara dan pernah menjadi Penasihat Agama kepada beberapa Yang di-Pertuan Agong termasuk Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Sultan Mizan Zainal Abidin.[3]Beliau dilahirkan di Arau, Perlis dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma, Arau, sebelum ke Sekolah Agama Arab Alawiyah dan melanjutkan pelajaran di Mesir. Abu Hassan mula bertugas di Pusat Islam pada 1976 sebelum berkhidmat di Masjid Negara pada tahun berikutnya sehingga memangku jawatan Imam Besar.[4]Selain itu, Abu Hassan juga aktif berceramah melalui pentas dakwah seperti Forum Perdana Ehwal Islam terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan turut terkenal sebagai Ikon Astro Oasis. Beliau juga pernah ber­khidmat sebagai Pegawai Agama Istana Negara. Beliau meninggal dunia pada 1 Mei 2019 selepas terjatuh setelah menunaikan solat subuh, jenazah beliau dibawa pulang ke rumah di Kampung Batu Muda dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dimandi dan dikafankan di Masjid Saidina Hamzah[5] dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih.[6][7]Abu Hassan meninggalkan seorang balu, Rosbi Shabudin, dan tujuh orang anak serta 13 orang cucu. Menurut laporan Sinar Harian, "Andainya ini Ramadan Terakhir" merupakan kuliah terakhir beliau.[1][8]

Rujukan

WikiPedia: Abu Hassan Din Al-Hafiz http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pendakwa... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/05/01... https://www.malaysiakini.com/news/474430 https://id.loc.gov/authorities/names/n91004058 https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/05/5590... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05... https://www.nst.com.my/news/nation/2019/05/484622/... https://www.sinarharian.com.my/article/26083/BERIT... https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/05/01/... https://viaf.org/viaf/16399518